DEPTH OF FIELD (DOF) merupkan
terma yang diguna pakai unutk membicarakan perihal kawasan dihadapan dan
dibelakang focus point utama (subjek) yang akan kekal “sharp” atau
berada didalam fokus. DOF dipengaruhi oleh aperture, jarak subjek, focal length, dan saiz atau format filem atau sensor.
Aperture yang luas seperti F/1.2 atau F1.8 mempunyai DOF yang cetek.
Apa-apa subjek yang berada dihadapan atau dibelakang focus point utama
akan kelihatan kabur atau out-of-focus. Aperture yang kecil seperti F/11
atau F/16 mempunyai DOF yang lebih dalam. Subjek yang terletak didalam
sesuatu range dihadapan ataupun dibelakang focus point utama akan
kelihatan sharp atau in-focus. Gambarajah berikut menerangkan sesuatu
range berbandingkan F-stop yang digunakan (sila klik gambar untuk saiz besar).
Harus diingatkan bahawa, bagi setiap F-stop yang tetap, range-nya akan
berubah mengikut focal length yang dipilih. Sebagai contoh, saya telah
menggunakan lensa zoom ini dan menunjukkan range DOF untuk dua focal
length; iaitu 35mm dan 70mm.
[NOTA PENTING:]
1. Kedudukan zoom pada lensa didalam gambar ini adalah pada focal length 70mm. Untuk focal length 35mm, lensa ini akan ditarik ke kanan.
2. Lensa yang mempunyai focal length rendah, seperti 35mm pada F/11 akan mempunyai DOF range yang lebih luas berbanding focal length yang lebih tinggi, seperti 70mm pada F-stop yang sama. (sila lihat gambarajah diatas)
F/1.2
F/2.8
F/4
F/5.6
F/8
F/11
F/16
Harus juga diingatkan bahawa, selain dari focal length,jarak subjek
(subject distance) juga memainkan peranan dalam DOF range. Apabila
pengguna (lensa) berada pada jarak yang jauh dari subjek, range DOF akan
bertambah. Disebaliknya, jika, pengguna (lensa) berada pada jarak yang
lebih dekat, ia akan menggurangkan range DOF. Ini amat ketara dalam
penggunaan lensa micro atau lensa macro bagi tujuan fotografi jarak
dekat, (CLOSE UP or MACRO Photography).
DOF DENGAN JARAK SUBJEK - Klik gambar untuk siaz besarContoh 1: 55mm F/8.
Seperti didalam contoh 1 & 2. perhatikan
bagaimana, DOF range menjadi cetek apabila sesebuah lensa mendekati
subjek pada F-stop yang sama. Juga perhatikan bagaimana focal length
sesebuah lensa mempengaruhi DOF.
Malang sekali, kebanyak lensa digitial (DX lenses) masa kini sudah
tidak mempunyai scale yang akan memberi panduan kepada pengguna tentang
DOF ini, kecuali beberapa lensa yang terpilih. Aperture scale dan
aperture ring juga sudah tidak lagi diperkenalkan pada lensa Nikkor yang
berhuruf G ( Nikkor G LENSES). Ini merupakan salah
satu daripada sebab mengapa ramai penggemar fotografi yang terus
melompat ke dalam dunia digital fotografi kurang memahami akan konsep
DOF.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar