Menurut Dewan Bahasa dan
Pustaka, aperture di dalam Bahasa Melayu dieja sebagai apertur. Namun,
adakalanya, aperture disebut juga sebagai ‘bukaan’ di dalam Bahasa
MelayuAperture adalah satu bahagian yang terletak di dalam lensa yang
berfungsi untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
Aperture ialah satu mekanisma yang boleh
dilaras saiz bukaannya dari saiz bukaan yang paling kecil hinggalah ke
saiz bukaan yang paling besar.
Rupa sebenar aperture yang terdapat di dalam lensa. Gambar di atas menunjukkan saiz bukaan aperture yang kecil
Perbezaan aperture besar dan aperture kecil
Aperture dengan saiz bukaan yang besar
akan membolehkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera. Ini bermaksud,
gambar boleh menjadi lebih cerah. Jadi, ketika merakam gambar di tempat
yang gelap, kita perlu menggunakan aperture yang lebih besar supaya
gambar kita menjadi lebih cerah.
Sebaliknya, apabila merakam gambar di
tempat yang cerah, kita sepatutnya menggunakan aperture yang lebih kecil
agar kurang cahaya dapat masuk ke dalam kamera. Lalu, gambar yang akan
dihasilkan tidak menjadi terlalu terang.
Selain dari saiz bukaan aperture yang
ditunjukkan di atas, ada banyak lagi saiz bukaan aperture dari yang
paling kecil hinggalah ke saiz bukaan yang paling besar. Setiap saiz
bukaan aperture ini mempunyai nilai yang telah ditetapkan dan nilai ini
digunapakai oleh semua jenis kamera tidak kira dari jenama apa
sekalipun.
Nilai aperture sepatutnya ditulis
seperti ini – f/5.6 (salah satu contoh) Huruf F sepatutnya ditulis dalam
huruf kecil dan dicondongkan (italic). Ini kerana, huruf F tersebut
sebenarnya merupakan simbol untuk formula bagi mendapatkan nilai
aperture. Tetapi, pada kamera, nilai aperture ini adakalanya ditulis
sebagai 5.6 sahaja tanpa tulisan ‘f/’ di depannya. Atau, ada juga kamera yang menunjukkan nilai f/5.6
dengan menggunakan huruf F dalam abjad besar seperti F5.6 dan
sebagainya. Walaupun ada perbezaan dari segi cara penulisannya, ianya
tetap merujuk kepada perkara yang sama.Untuk membolehkan anda melaraskan
aperture secara manual, anda perlu laraskan Exposure Mode kepada Manual
atau Aperture Priority. Aperture Priority pada kamera Nikon ditandakan
dengan huruf A. Pada kamera Canon, Aperture Priority dinamakan sebagai
Aperture Value dan ditandakan dengan huruf AV. Jika anda menggunakan
tetapan automatik yang lain, anda tidak akan dapat mengawal aperture
anda. Sila rujuk buku manual kamera anda bagi mengetahui dengan tepat
cara untuk melaraskan aperture pada kamera anda.Pada peringkat ini, anda
mungkin akan berhadapan dengan masalah apabila cuba mempraktikkan
kawalan aperture seperti yang diterangkan di dalam bab ini kerana, untuk
mengawal aperture dengan betul, anda juga perlu faham mengenai perkara
lain yang belum kita pelajari seperti shutter, ISO dan exposure meter.
Anda disarankan untuk memahami secara teori sahaja dahulu mengenai
aperture di dalam bab ini. Di dalam bahagian akhir nanti, setelah anda
memahami keseluruhan kawalan pada kamera, barulah anda dapat
mempraktikkan apa yang telah dipelajari dengan lebih mudah. Ini kerana,
ada beberapa perkara penting pada kawalan kamera yang saling berkaitan
diantara satu sama lain.
Gambar di atas menunjukkan nilai-nilai
aperture yang berbeza – dari saiz bukaan aperture yang paling kecil
hinggalah ke saiz bukaan aperture yang paling besar. Di dalam gambar di
atas, kita dapat lihat bahawa, aperture dengan nilai f/2 memberikan saiz
bukaan aperture yang paling besar manakala aperture dengan nilai f/22
memberikan saiz bukaan aperture yang paling kecil
Selain dari nilai-nilai aperture yang
ditunjukkan di atas, terdapat banyak lagi nilai aperture yang lain. Di
dalam rajah di atas, saiz aperture yang paling besar yang dinyatakan
adalah f/2. Tetapi, sebenarnya ada lagi saiz aperture yang lebih besar,
iaitu f/1.0 dan sebagainya. Begitu juga dengan aperture paling kecil
yang ditunjukkan di dalam rajah di atas, iaitu f/22. Sebenarnya, ada
lagi aperture lain yang lebih kecil dari f/22, iaitu seperti f/32 dan
seterusnya. Nilai-nilai aperture yang tidak dinyatakan di dalam rajah di
atas adalah nilai-nilai aperture yang jarang digunakan kerana ianya
hanya terdapat pada lensa-lensa yang tertentu sahaja.
Gambar di atas menunjukkan perbezaan kecerahan (exposure) yang didapati dengan menggunakan aperture yang berlainan. Di dalam contoh diatas, didapati aperture f/5.6 memberikan hasil gambar dengan normal exposure. Tetapi, perlu diingat, aperture f/5.6 tidak semestinya menghasilkan normal exposure – ia bergantung kepada kekuatan cahaya sewaktu sesuatu gambar dirakam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar