Kamis, 25 Oktober 2012

LENS_LENSA

LENS dalam English atau LENSA dalam Bahasa Melayu dibuat dalam berbagai – bagai format(seperti, Large Format, Medium Format, 35mm Format,110mm dan lain-lain lagi) oleh berbagai-bagai pengeluar. Oleh kerana format 35mm merupakan format yang paling popular, kita akan bincangkan format ini dahulu.
Bagi pengguna NIKON SLR atau DSLR, terdapat dua format lensa yang banyak dipasaran, iaitu, Full Frame (FX) mengikut sukatan saiz 35mm filem dan Digital (DX) mengikut sukatan saiz sensor kamera, yang lebih kecil dari saiz 35mm. Kiraannya ialah 1.5x crop factor. Setiap pengguna haruspeka akan format-format ini supaya tidak keliru dan dapat menggunakan lensa yang betul untuk menangkap gambar. Gambar dibawah merupakan contoh bagi lensa berformatkan 35mm dari pelbagai focal length.
Charta dibawah menunjukkan klasifikasi bagi lensa mengikut focal length dalam format 35mm SLR. Untuk mengetahui nilai focal length bagi format DX, pengguna harus membahaginya dengan crop factor jenama kamera masing-masing.

sumber asal: dpreview
Sebagai contoh untuk mengetahui nilai super wideangle ber-focal length 16mm (FX), bagi jenama Nikon (yang menggunakan 1.5 crop factor) ialah 10.667mm (DX),[16mm/1.5=10.6667mm]. Dengan itu kita harus menggunakan lensa Nikkor Fisheye 10.5mm ini, untuk merakam imej yang berdekatan. Sila layari contoh focal length yang telah disediakan untuk gambaran yang lebih jelas.
Sumber dari Blog Dr FaisalPhotography _jutaan terima kasih kepada beliau kerana menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia artikel ini dan saya cuma memanjangkan usaha beliau ke blog saya untuk para pengunjung blog saya khasnya dan kepada para peminat fotografi amnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar